Sunday, May 1, 2016

LAWATAN SUAI MESRA PSS SK FELDA ULU TEBRAU

PSS SK FELDA ULU TEBRAU

Sebagai langkah penambahbaikan dari pelbagai aspek, pada 25hb Februari 2016 pihak PSS SK Taman Puteri Wangsa telah mengadakan lawatan suai mesra ke PSS SK Felda Ulu Tebrau. Lawatan ini sekadar mewujudkan satu perhubungan antara PSS SKTPW dengan PSS SKFUT. Semasa pertemuan ini diadakan di PSS SKFUT, banyak maklumat dikongsikan berkaitan dengan pengurusan PSS. Bertukar-tukar pendapat dan idea. Dimaklumkan bahawa, PSS SKFUT, telah menaik taraf keadaan Pusat Sumbernya, untuk menyertai Pertandingan Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2015. Banyak perubahan fizikal terutamanya dalam proses naik taraf tersebut. Kini PSS SKFUT lebih kelihatan ceria dan kondusif. Ruang bacaan untuk murid-murid di PSS SKFUT lebih kecil berbanding dengan ruang bacaan di PSS SKTPW. Walaubagaimanapun ruang itu tidak menjadi satu masalah kerana ruang tersebut cukup untuk menampung murid dalam satu-satu masa. Lawatan singkat ini diakhiri dengan penyerahan cenderamata dari pihak PSS SKTPW kepada PSS SKFUT. Dengan harapan pertemuan ini akan memberi lebih idea untuk kedua-kedua pihak dalam menambah baik PSS dari semasa ke semasa. Wakil PSS SKTPW dalam lawatan ini ialah :

1. Encik Sahak Bin Mohd Don (GPK Pentadbiran)
2. Cik Lina Binti Mohd Yusoff
3. Encik Alif
4. Encik Syed Muhammad Hanaffi Bin Syed Hadzir


 ruang bacaan

 ruang bacaan

 ruang bacaan

 ruang bacaan

 ruang bacaan

 ruang lobby, rehat, pentas, kampus astro

  ruang lobby, rehat, pentas, kampus astro

 kaunter

 kaunter

 jadual penggunaan pusat sumber

 sudut sejarah

 kampus astro

 pentas

 ruang solat

bilik gerak kerja guru

 penyampaian cenderahati