APA ITU NILAM?
Program NILAMSejak dahulu lagi, tidak dapat dinafikan bahawa betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Sesungguhnya ilmu turut banyak memberi manfaat yang berguna. Bidang ilmu itu sangat luas dan tiada penghujungnya. Pelbagai kaedah yang dapat kita gunakan bagi memperoleh ilmu. Antaranya adalah melalui bacaan. Oleh itu, pihak Kerajaan Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu program iaitu program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. NILAM merupakan singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca.
Program NILAM diwujudkan bagi meningkatkan tahap kesederan kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya terhadap murid-murid sekolah, tentang pentingnya amalan membaca. Bagi menarik minat murid-murid terhadap Program NILAM, pelbagai aktiviti dan anugerah disediakan. Malah, Program NILAM turut mengalami penstrukturan semula bagi menambah baik demi meningkatkan tahap membaca di kalangan murid-murid sekolah. Pihak sekolah juga turut menyediakan pelbagai aktiviti tersendiri sebagai langkah menyokong terhadap program ini.
( Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998 ) sumber : http://nilamsandakan.blogspot.my/p/pengenalan-nilam.html
Pelaksanaan Program NILAM di sekolah adalah dibawah Pusat Sumber Sekolah. Turut terlibat adalah semua guru bahasa iaitu guru Bahasa Malaysia dan Guru Bahasa Inggeris. Dari segi pelaksanaannya di sekolah adalah seperti berikut :
i. Murid membaca dan merekod bahan bacaan. ii. Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid. ii. Sekolah memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca. Pelaksanaan program NILAM ini mempunyai dua Tahap Pelaksanaan, iaitu:
i. TAHAP JAUHARIii. TAHAP RAKAN PEMBACA
i ) TAHAP JAUHARI 1. Semua murid wajib terlibat. 2. Murid sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6. 3. Murid sekolah menengah memulakan aktiviti Tahap Jauhari sebaik sahaja masuk Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5. 4. Semua aktiviti murid dalam program ini perlu direkodkan yang kemudiannya disahkan oleh guru sebelum memberi pengiktirafan.
Pengiktirafan Sekolah Rendah Jumlah Bacaan Pengiktirafan 90-179 GANGSA 180-269 PERAK 270-359 EMAS 360 ke atas NILAM
Pengiktirafan Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan Pengiktirafan 72-143 GANGSA 144-215 PERAK 216-287 EMAS 287 ke atas NILAM
ii) TAHAP RAKAN PEMBACA 1. Layak memasuki Kumpulan Tahap RP setelah membaca 100 buah buku. 2. Perlu dibimbing oleh guru. 3. Murid berkongsi maklumat, amanah, dapat memimpin, dapat menarik minat rakan, keluarga & jiran untuk membaca. 4. Markah diberi berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Pengiraan markah: Jumlah bacaan Pengiktirafan 100-199 GANGSA 200-299 PERAK 300-399 EMAS 400 ke atas NILAM
No comments:
Post a Comment