SEJARAH

Sejarah PSS SKTPW

Pusat Sumber Sekolah ini diberi nama Perpustakaan Al Zaaba. Pusat Sumber ini sebahagian daripada Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa. Ini bermakna, Pusat Sumber ini telah wujud sejak tahun 2000. Sejak tahun 2000 hingga kini, pusat sumber sekolah telah bertukar tangan beberapa orang guru yang telah diamanahkan dan ditugaskan untuk menjaga Pusat Sumber ini. Antara guru yang telah bertanggungjawab terhadap Pusat Sumber SKTPW ini adalah:

1. Pn. Hasmah
2.
3. Pn. Khadiahtun (GPM)
4. Pn. Siti Khadijah (GPM-Memangku)
5. Cik Lina (GPM )

Kini guru pusat sumber digelar GPM iaitu Guru Perpustakaan dan Media.

Pada asalnya, Pusat sumber sekolah ini terbahagi kepada dua bilik, di mana bilik 1 adalah untuk tahap 1 dan bilik 2 untuk tahap 2. hal ini kerana, Pusat Sumber ini tidak dapat menampung jumlah murid bagi dua kelas dalam satu-satu masa. Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini melebihi 1000 orang. Oleh itu, Pusat sumber memerlukan ruang yang besar bagi menampung jumlah murid yang ramai di Pusat Sumber.

Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun sebelum ini, ruang Pusat Sumber bagi tahap 1 telah ditukar menjadi Bilik Operasi Peperiksaan  (BOP). BOP memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan evidens dan hasil-hasil kerja murid-murid seperti yang diarahkan di peringkat kementerian bagi tujuan penilaian, Maka kini Pusat Sumber mempunyai satu ruang sahaja untuk menampung murid-murid ketika berada di Pusat Sumber. Masalah itu dapat diatasi dengan adanya dua sesi persekolahan iaitu tahun 1 dan 2 di sesi petang, dan tahun 3,4,5 dan 6 pula di sesi pagi. Kelengkapan di Pusat Sumber ini juga sangat mencukupi dan jumlah buku juga melebihi dari nisbah yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment